Mayat Seorang Lelaki Telah Ditemui Di Puchong


PUCHONG: Mayat seorang lelaki yang sudah kembung ditemui terapung di tebing sungai berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Puchong, pagi tadi.

Mangsa ditemui orang awam yang terlihat objek seakan manusia tersangkut di timbunan sampah sebelum memaklumkan kepada polis.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong dengan sebuah jentera dihantar ke lokasi bagi bantuan mengangkat mayat dari tebing sungai.

Hasil pemeriksaan forensik mendapati mangsa dipercayai sudah mati lebih dari 48 jam.

Identiti mangsa tidak dapat dipastikan berikutan tiada dompet dan dokumen pengenalan ditemui.

Mayat telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Petaling Jaya, Selangor untuk dibedah siasat.
Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

No comments:

Powered by Blogger.