Liga Super JDT Lakar Sejarah Buat Kali Ketiga Berturut-Turut


JOHOR BAHRU: Johor Darul Takzim (JDT) sekali lagi muncul juara Liga Super selepas menewaskan Terengganu 3-0.

Ia sekali gus melakar sejarah sebagai pasukan pertama mencatat hatrik selepas menjuarai liga tiga musim berturut-turut sejak 2014.

Pertembungan di Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunus, Larkin menyaksikan tirai gol dibuka Jorge Pereyra Diaz yang menyempurnakan penalti pada minit ke-28.

Perlawanan kemudian kelihatan seimbang dengan kedua-dua pasukan menggandakan asakan, dengan Terengganu cuba mencari gol penyamaan.

Kedudukan 1-0 kekal hingga minit ke-83, kapten JDT Safiq Rahim melebarkan jurang gol juga menerusi penalti.

Tiga minit kemudian, sepakan Diaz sekali lagi menerjah jaring apabila dengan mudah menampan masuk hantaran Azamudin Akil, dan kedudukan 3-0 kekal hingga wisel penamat.

JDT diumum juara di halaman sendiri dengan 52 mata biarpun masih berbaki dua lagi perlawanan, iaitu dengan T-Team dan Selangor.

No comments:

Powered by Blogger.