Berita Gembira Buat Natalie Portman Dapat Anak Kedua


PELAKON yang pernah memenangi anugerah Oscar iaitu Natalie Portman dikhabarkan sedang hamil anak kedua.

Bagaimanapun, seperti dipetik E! Online, wanita itu dan suaminya Benjamin Millepied masih belum mengesahkan perkara tersebut.

Pasangan ini berkahwin pada 2012 dan sudah dikurniakan seorang anak lelaki Aleph Portman-Millepied.

Terdahulu, dalam satu temuramah, Natalie bercerita tentang perihal anak-anak dan kini sedang belajar untuk menjadi seorang ibu yang baik.

No comments:

Powered by Blogger.