Que Haidar Tidak Ada Niat Buat Khir Rahman Terasa


Pelakon Que Haidar, 37, berasa serba salah ekoran luahan rasa terkilan pelakon Khir Rahman terhadap dirinya serta beberapa teman rapat lain disebabkan tidak dapat turut serta menjayakan filem Rock Bro arahan Mamat Khalid.

Jauh sekali mahu membuat Khir terasa hati dengan keputusannya itu, sebaliknya Que mempunyai alasan tersendiri kenapa dia tidak dapat turut serta dalam filem kali ini.

"Tak pernah terlintas mahu buat Khir terasa hati dengan keputusan ini. Bukan sahaja dia, pelakon lain juga sudah maklum mengenai perkara ini. Walaupun saya tak terbabit dalam Rock Bro, saya percaya dia dan pelakon lain sudah buat yang terbaik.

"Diakui memang dia ada memujuk supaya berlakon bersama, tetapi saya tetap dengan pendirian. Malah dia menghormati keputusan saya. Apatah lagi ketika itu saya sudah terikat dengan komitmen lain,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Kenyataan Que itu sekali gus menafikan desas-desus kononnya keputusannya dipengaruhi isteri tercinta, Linda Jasmine.

No comments:

Powered by Blogger.