Ben Affleck Dan Jennifer Garner Tinggal Sebumbung Balik


Sejak mengakhiri perkahwinan pada 2015, aktor Ben Affleck dan aktres Jennifer Garner tetap menjaga hubungan baik sehingga kini. Terbaharu, kedua-dua selebriti Hollywood popular ini dilaporkan semakin kembali mesra dan rapat.

Buktinya, menurut sumber, Ben sekarang sudah kembali tinggal sebumbung dengan Jennifer dan ketiga-tiga anaknya.

Selama ini, bintang film 'Batman v Superman' itu menyewa rumah di sebelah kediaman bekas isteri bagi memudahkan dia melawat Violet, Seraphina dan Samuel pada bila-bila masa.

"Rasanya tidak logik bagi mereka untuk tetap tinggal berasingan. Ben banyak menghabiskan waktu di rumah utama. Anak-anak juga merasa keadaan ini pelik dan membuat mereka sering bertanya-tanya. Sehinggalah Ben dan Jen sama-sama bersetuju untuk kembali tinggal serumah," ungkap sumber seperti yang dilaporkan Aceshowbiz

Bukan setakat itu, beberapa bulan ini, Ben dan Jennifer kerap menghabiskan waktu berdua tanpa anak-anak. Beberapa hari lalu, kedua-duanya dilihat sama-sama menghantar ketiga-tiga anak mereka pergi ke sekolah.

Bagaimanapun sehingga kini, masih belum ada komen mahupun kenyataan rasmi baik dari Ben atau Jennifer.

Pasangan yang pernah bernikah pada 2005 ini juga tidak memberikan tanda-tanda mereka akan rujuk.

No comments:

Powered by Blogger.