TInggal Kenangan Kad Kahwin Fara Fauzana Tersebar


Sehari selepas membatalkan pernikahannya dengan pemuda bernama Mohamed Hafiz, kad undangan majlis perkahwinan personaliti radio dan televisyen terkenal, Fara Fauzana, yang telah diedarkan kepada keluarga dan teman terdekatnya tersebar.

Memetik laporan BH online, kad terbabit memaparkan nama bakal pengantin selain maklumat lanjut mengenai tarikh, lokasi dan atur cara majlis yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini.

Laporan menyebut, Fara, 37, enggan mengulas mengenai perkara berkenaan. Sebaliknya menyatakan buat masa ini dia masih memerlukan masa untuk dirinya sendiri dan meminta diberikan ruang.

"Buat masa ini saya memang tidak bersedia untuk bercakap apa-apa.

"Saya masih memerlukan masa untuk diri ini. Saya minta maaf sangat-sangat dan harap semua pihak dapat memahami," katanya.

No comments:

Powered by Blogger.