Syatilla Melvin Tidak Akan Tinggalkan Dunia Lakonan


Pelakon Syatilla Melvin menyatakan dia belum berhasrat untuk berhenti secara drastik daripada industri lakonan sebaliknya mula perlahankan kerjayanya itu bagi menumpukan perhatian terhadap rumah tangga yang dibina bersama aktor Shaheizy Sam, kira-kira tujuh bulan lalu.

"Sejak berkahwin Februari lalu saya masih berehat lagi, bukan kerana Sam tidak beri saya berlakon, dia pun faham kalau saya nak meninggalkan industri, ia perlu ambil masa kerana akan ada fasa rindu.

"Cuma saya akui akan memperlahankan kerjaya lakonan selepas ini," katanya seperti yang dilaporkan mStar online.

Sejak memengang status sebagai isteri, pelakon drama Surah Buat Maisarah ini berkata, banyak perkara baharu yang dilalui dalam mengalas tanggungjawab tersebut.

Tambahnya, salah satunya ialah dia banyak belajar masak makanan kegemaran Shaheizy daripada ibu mertuanya Khaty Fauziah.

"Kalau nak diikutkan banyak perkara baru yang saya belajar selepas berkahwin, boleh dikatakan ia adalah proses kami untuk lebih mengenali antara satu saya lain.

"Selain itu, saya juga habiskan masa terluang untuk belajar masak makanan kegemaran Sam iaitu asam pedas daripada mummy," katanya.

No comments:

Powered by Blogger.