Sempurna Perjalanan Hidup Saya - Misha Omar


Selepas selamat melahirkan anak sulungnya pada 24 Ogos lalu, Kakigosip mendapatkan penyanyi Misha Omar untuk bertanya perihal perkembangannya kini.

Misha seperti yang dipetik berkata;

“Sudah tentu kita rasa bersyukur dengan rahmat, anugerah dan nikmat Allah SWT berikan ini. Alhamdulillah, lengkap perjalanan sebagai seorang wanita. Dari hanya menjadi ibu angkat, kemudian ditakdirkan bersuami dengan pilihan hati, mengandung seterusnya melahirkan cahaya mata sulung lelaki.

"Ya Allah, memang tidak ada perkataan yang benar-benar mampu untuk menggambarkan perasaan ini...,” katanya.

Misha berkahwin dengan lelaki pilihan hatinya yang merupakan seorang juruterbang, Feroz Ezzwan Rossly pada 2 Mei 2014. Terdahulu, pasangan ini sudah pun mempunyai dua anak angkat iaitu Muhammad Adam Emir, 10, dan Humaira Lateefa, 4.

No comments:

Powered by Blogger.