Alhamdulilah Rohana Jalil Ke Tanah Suci


Alhamdulilah, penyanyi popular Rohana Jalil atau nama sebenarnya Dara binti Abdul Jalil telah selamat berangkat ke tanah suci bagi mengerjakan ibadah haji subuh tadi.  

Rohana yang juga merupakan ibu kepada penyanyi dan pelakon Kilafairy, pergi bersama suaminya. 

"Memang tak ramai yang tahu saya akan ke Mekah.  Hanya kenalan rapat sahaja yang tahu.  Bukan tak mahu beritahu cuma kalau tak jadi nanti segan saya kan.  Jadi kali ini betul-betul dapat pergi.  Alhamdulilah.  Saya mohon maaf dan doakan saya semoga dipermudahkan segala urusan semasa menjalani ibadah haji," jelasnya. 

InsyaAllah, semoga penyanyi ini selamat pergi dan pulang serta mendapat haji yang mabrur.

No comments:

Powered by Blogger.