Raisa Andriana Mula Bersikap Diva Disindir Mandi Air Mineral


Baru-baru ini, penyanyi popular Indonesia, Raisa khabarnya sudah mula bersikap diva.

Menerusi sebuah gosip, Raisa atau naam sebenarnya Raisa Andriana, 26, dikatakan meminta salah seorang pengurus acara menyediakannya air mineral.

Sangka mereka Raisa ingin meminum air tersebut, namun rupa-rupanya penyanyi itu mahu menggunakan air tersebut untuk mandi.

"Malam tadi kami dihadiri oleh artis popular, Raisa yang meminta dibelikan air mineral. Kami membelinya di sebuah kedai. Stok air mineral di kedai itu habis gara-gara Raisa membelinya untuk dijadikan air mandian," kata sumber tersebut.

Akibatnya, ramai yang menyindir sikap berlebihan Raisa itu, malah ada yang mendedahkan sikap hipokrit Raisa melayan peminat-peminatnya kerana selama ini penyanyi itu dikenali sebagai seorang yang merendah diri

Ironinya ada juga yang membela Raisa dengan mengatakan ramai lagi artis yang menggunakan air mineral untuk mandi demi kecantikan kulit masing-masing.

No comments:

Powered by Blogger.