Kami Baik Seperti Dahulu - Kamal Adli


Pelakon Kamal Adli menjelaskan menjelaskan hubungannya dengan Emma Maembong masih lagi baik namun enggan mengulas lanjut tentang hubungan sebenar mereka selepas dilaporkan sudah berpisah sebelum ini.

"Hubungan kami masih baik dan sedang cuba memperbaiki kekurangan yang ada sebelum ini.

"Selebihnya doakan yang baik-baik untuk kami berdua," katanya seperti yang dilaporkan mStar online.

Sebelum ini, hubungan pasangan itu sebelum ini dikatakan sudah berakhir apabila masing-masing jarang memuat naik gambar bersama di laman sosial.

Malah Emma dalam satu kenyataan meminta diberi ruang untuk berbincang tentang hala tuju hubungan mereka sebelum memberi sebarang respons.

No comments:

Powered by Blogger.