Mayat Lelaki Lemas Di Sitiawan Ditemui


SITIAWAN: Mayat seorang lelaki yang lemas di sungai Kampung Sitiawan, di sini akhirnya ditemui oleh pasukan Mencari dan Menyelamat ( SAR) lewat petang Ahad.

Mangsa, yang berusia 48 tahun dipercayai sedang mandi berseorangan di sungai tersebut ditemui pada jarak 20 meter daripada tebing sungai sekitar 6.18 petang Ahad.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Pegawai Bomba Kanan II, Ashaari Mat Radzi berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden tersebut sekitar pukul  5.02 petang dan bergegas ke tempt kejadian.

"Setibanya di tempat kejadian,kami dimaklumkan oleh orang awam bahawa ketika kejadian mangsa sedang mandi berseorangan dan terdapat saksi mengatakan beliau lemas dan hilang dari pandangan.

"Setelah operasi dijalankan, kami menemui mangsa beberapa meter dari tebing dengan kedalaman air sebanyak 5 kaki, sekitar pukul 6.18 petang melalui proses pencarian dalam air,"katanya ketika dihubungi ASTRO AWANI.

Jelasnya,anggotanya bertindak menggunakan jaket penyelamat dan menggunakan tali untuk masuk ke dalam dasar sungai dan mencari mangsa sebelum menemui mayatnya.

"Mayat mangsa kemudiannya ditarik ke darat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Operasi tamat sepenuhnya pada 6.32 petang,"katanya lagi.

No comments:

Powered by Blogger.