Marion Caunter Dikritik Kerana Pakai Mantel Bulu


GARA-GARA memuat naik gambar memakai fur stole (mantel bulu), bekas pengacara televisyen Marion Caunter menerima kritikan oleh para netizen.

Isteri kepada seorang ahli perniagaan itu memuat naik tiga gambar dimana beliau menggayakan fur stole dari sebuah jenama terkenal.

Marion kini berada di Itali untuk menghadiri Minggu Fesyen Milan.

Beberapa netizen meluahkan ketikdakpuasan mereka dengan aksesori pilihan Marion itu.

Antaranya mereka berkata ia mendorong keganasan terhadap haiwan.

Oleh kerana itu, mereka turut meluahkan hilang rasa hormat terhadap Marion.

Sementara itu, ada juga yang berpendapat bahawa tiada sesiapa yang berhak untuk menghukum Marion berdasarkan pilihan fesyennya. 

“Untuk beberapa pihak yang bertindak balas secara keterlaluan bahawa itu adalah bulu sebenar tanpa mengetahui apa-apa dan memulakan komen-komen negatif, ia langsung tidak masuk akal,” kongsi @jdxlim_ di Instagram.

Sementara itu, Astro AWANI ada menghubungi Marion untuk mendapatkan kenyataan beliau berhubung isu ini. 

“Saya tiada komen,” jawapan ringkas Marion menerusi WhatsApp.



No comments:

Powered by Blogger.