Jalan Cerita Menarik Kalau Ada Babak Ghairah - Raja Ilya


Pelakon Raja Ilya, 31, tidak merasakan dirinya dieksplotasi menerusi lakonannya dalam filem terbaru berjudul Luqman.

Memetik laporan Harian Metro, Raja Ilya berkata, babak ghairah yang dilakonkan dalam filem itu bertujuan bagi menghidupkan lagi jalan cerita naskah berkenaan.

"Setiap kali ada babak mencabar sebegini, pengarah pasti ada sebab tersendiri untuk kepentingan jalan cerita.

"Sebagai pelakon, menjadi tanggungjawab saya merealisasikan babak ini. Saya tidak akan melakonkan jika ia bukan kehendak skrip dan naratif.

"Filem ini berbeza daripada karya komersial sedia ada. Terpulang kepada penonton untuk mentafsirkannya.

"Babak ghairah ada kepentingan untuk menghidupkan lagi jalan cerita," katanya.

Bakal menjengah pawagam tidak lama lagi, dalam filem arahan pengarah terkenal, Dr Mahadi J itu Raja Ilya bergandingan dengan Wan Hanafi Su dan Josiah Hogan selaku teraju utama.

No comments:

Powered by Blogger.