Deena Emir Akan Mengadakan Khatam Al-Quran - Saharul Ridzwan


Pasangan sama cantik sama padan iaitu Saharul Ridzwan dan Deena Emir dijadualkan akan melangsungkan majlis pernikahan mereka pada Jumaat ini, oleh itu bakal isteri aktor itu telah pun mengadakan satu majlis khatam al-Quran, baru-baru ini.

Majlis yang berlangsung sederhana telah diadakan bertempat di kediaman kedua orang tua Deena di Kampung Bahagia, Teluk Intan, Perak.

Momen-momen penting dalam kehidupan kita akan lebih bermakna jika disertai dengan lantunan ayat suci al-Quran. Jadi, begitulah Deena berusaha mencintai al-Quran. Bertuahnya Saharul bakal memiliki srikandi yang begitu dekat dengan al-Quran.

No comments:

Powered by Blogger.