Berendam Dalam Selfie Gairah Dan Mariah Carey Umum Ada Project Baru


Setelah agak lama tanpa khabar berita, diva popular Mariah Carey baru-baru ini kembali mencuri tumpuan peminatnya.

Memetik laporan Daily Mail, penyanyi berusia 46 tahun itu kini sedang sibuk dengan projek muzik baharunya.

Apa yang lebih mengundang perhatian, berita gembira itu diumumkan Mariah dengan cara beliau yang tersendiri.

Meneru laman Instagram miliknya, Mariah memuat naik beberapa keping foto yang menunjukkan beliau dengan gaya berselfie sedang berendam di dalam sebuah tab mandi.

Pelantun lagu My All ini bergaya seolah-olah tanpa seurat benang sebaliknya tubuhnya hanya ditutupi buih-buih sabun. Selain dia masih lagi memakai beberapa barang perhiasan berlian dan kekal dengan solekannya.

"Baru saja sampai di rumah selepas selesai malam yang panjang di studio!!!!! Muzik baru akan datang tidak lama lagi yayyyyy!" tulis Mariah.

Selain sibuk keluar masuk studio rakaman, Mariah sedang giat dengan persiapan mempersiapkan konsertnya yang diberi nama Sweet Sweet Fantasy Tour yang akan berlangsung di beberapa lokasi di negara Amerika Latin, tidak lama lagi.

No comments:

Powered by Blogger.