Angelina Jolie Pilih Gaun Kematian Dan Brad Pitt Rancang Bersara


Aktres Angelina Jolie, 41, dilaporkan sedang merancang pengebumiannya sendiri. Bintang filem Maleficent itu dikatakan kini di ambang kematian. Manakala suaminya Brad Pitt, 52, dikatakan mencari masa yang sesuai untuk bersara dari dunia Hollywood.

Memetik laporan National Enquirer, satu sumber memberitahu, "Angelina Jolie sudah pun memilih gaun yang akan dipakainya untuk selama-lamanya."

Menurut sumber itu, Angelina mahu memakai sehelai gaun yang cantik berwarna hitam yang bernilai USD5,000, rekaan oleh sahabatnya, mendiang L'Wren Scott.

"Beliau mahu dikebumikan dengan pakaian tersebut sebagai penghormatan kepada temannya itu. Dia tahu L'Wren tentu akan menyukai idea tersebut,"

Tambah sumber itu lagi, "Angie cuba untuk tidak menjadi sentimental mengenai perkara itu."

Satu lagi laporan yang dipetik dari Celeb Dirty, mendakwa Brad Pitt akan bersara dari Hollywood untuk melabur dalam USD1.5 bilion kepada pembangunan hartanah di pantai Adriatik di Croatia.

Bintang filem World War Z itu tidak lagi berminat pada dunia Hollywood dan pembikinan filem sekaligus merancang untuk bersara daripada mendapat perhatian.

"Brad Pitt tahu bahawa hari-harinya di Hollywood hanyalah sekadar nombor dan merasakan bahawa dirinya tidak akan mendapat peranan sama di dalam filem dan tawaran yang diterima hanyalah ketika beliau dikemuncak populariti," lapor sumber tersebut.

Bagaimanapun sehingga kini, tiada seorang pun wakil Brangelina yang mengulas mengenai khabar angin berkenaan.

No comments:

Powered by Blogger.