Amelina Bangga Dan Terharu Ada Peminat Dari Sepanyol


Penyanyi Amelina berasa sangat terharu apabila diberitahu oleh seorang rakan media bahawa ada peminat dari Sepanyol yang mengirim salam buatnya.

Ujar rakan media tersebut, temannya dari Sepanyol itu tahu lagu Amelina dan berminat dengan persembahannya.

"Kak Lin tak tahu nak cakap apa. Terharu sangat dan tak sangka. Tapi mungkin dia suka sebab lagu-lagu dangdut yang Kak Lin nyanyikan adalah lagu rancak. Maka dia terhibur kan," kata Amelina.

Bercakap mengenai persembahan pula, Amelina turut memberitahu bahawa dia bukanlah penyanyi sebaliknya adalah penghibur.

"Biasa orang akan tanya berapa harga bagi setiap show Kak Lin. Kak Lin akan jawap Kak Lin mahu sekurang-kurangnya tiga lagu. Bukan apa, kalau satu lagu, tak cukup panas. Kak Lin sendiri tak puas hati.

"Kalau tiga lagu barulah best kan. Kak Lin mahu orang ingat show Amelina dan balik dengan senyuman. Bukan sebab Kak Lin tamak, tidak. Semua itu atas perbincangan," tegasnya lagi.

Amelina ditemui di majlis pelancaran MTV Cinta Harus Seksi semalam.

Untuk perkembangan terkini, Ratu Dangdut ini akan muncul dengan single ketiga berjudul
Rambut.

No comments:

Powered by Blogger.