Uber Trak Pandu Sendiri Sedia Untuk Melancarkan Seawal 2017


Jika anda sering mengikuti The Vocket pastinya anda mengetahui kami kerapkali membincangkan topik mengenai Syarikat Uber dan Tesla. Hal ini tidak lain dan tidak bukan disebabkan kedua-dua syarikat ini berjaya untuk menyediakan servis yang baik serta mampu untuk berkembang dengan cara yang paling inovatif.

Syarikat Uber yang baru-baru ini telah membeli sebuah syarikat trak iaitu Otto dengan harga $680 juta tidak menunggu lama untuk mengumumkan kerjasama mereka untuk menyediakan servis trak pandu sendiri seawal 2017 ini. Futuristik betul.




Lior Ron selaku Otto co-founder menjanjikan servis yang pantas dengan kerjasama bersama Uber. Katanya lagi, pengguna cuma perlu membuat pesanan melalui aplikasi dan trak dijangka tiba kurang daripada 30 minit ke kediaman anda.

Otto trak ini akan digunakan sebagai sebahagian daripada servis Uber namun bakal membawa barang-barangan pelanggan. Lebih menarik menggunakan teknologi pandu sendiri berdasarkan tracking daripada GPS.


Agak menarik untuk melihat servis seperti ini digunakan secara komersial. Kemungkinan kebergantungan kepada tenaga kerja dapat dikurangkan sekaligus dapat mengurangkan kos operasi. Untuk pasaran Malaysia, mungkin kita terpaksa menunggu sedikit lama untuk teknologi seperti ini. Teknologi ini masih di dalam fasa pengujian dan bakal digunakan sekitar US.


No comments:

Powered by Blogger.