Tua Sebelum Usianya Gambar Budak 3 Tahun Disolek Tua


OHIO: Tua sebelum umurnya. Gambar seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun menjadi viral dalam media sosial selepas disolek ibu saudaranya. Media sosial gempar apabila tersebar gambar kanak-kanak perempuan tiga tahun itu yang disolek menggunakan teknik solekan dalam filem Benjamin Button.

Kanak-kanak bernama Roey itu disolek oleh ibu saudaranya, Samantha Parsons, dan memasukkan dalam kiriman Twitter pada Selasa. Samantha ketika itu sedang mengasuh Roey apabila kanak-kanak berkenaan ternampak ibu saudaranya mengenakan maskara. Roey kemudian bertanya jika dia boleh bersolek juga.


“Hari ini ketika mengasuh, saya sedang meletakkan maskara dan anak saudara berusia tiga tahun yang bertanya sama ada saya boleh menyolek mukanya,” kata Samantha menerusi Twitter. Kiriman asal gambar Roey dalam Twitter sudah diulang tweet sebanyak 27,000 kali dan 36,000 mendapat tanda likes dan kiriman itu disalin semula sebanyak 18,000 kali dan 40,000 tanda likes.

Dalam gambar itu, Roey disolek tebal, kening gelap, dahi berkerut dan tulang pipinya disolek sehingga kelihatan tenggelam. “Bagaimana anak saudara saya boleh menjadi viral ketika ini,” tweet Samanta

Pengguna Twitter menyatakan kekaguman mereka terhadap wajah kanak-kanak yang mirip wanita tua itu dan kebanyakan mereka membuat perbandingan dengan watak ahli sihir dalam filem Snow White, Pennsatucky dari siri Netfliz, Orange is The New Black and a baby Grinch.

No comments:

Powered by Blogger.