Tonton Suri Hati Mr Pilot (2016) - Drama Episod


Saksikan  drama terbaru adaptasi novel Suri Hati Mr. Pilot karya Dyla Dyna yang bakal muncul di Astro Ria. Menampilkan gandingan Fattah Amin dan Neelofa sebagai teraju utama. Drama ini mendapat sentuhan pengarah Michael Ang diterbitkan oleh Cube Film Sdn Bhd.

Tayangan: Astro Ria & Astro Ria HD
Siaran : Mulai 10 Oktober 2016, Isnin-Khamis 10.00 malam
Jumlah Episod: 16
Status: Terkini - Episod 7

LAGU TEMA / OST SURI HATI MR. PILOT
Tajuk : Selamanya Cinta
Penyanyi : Shila Amzah & Alif Satar

WATAK PELAKON
Fattah Amin sebagai Ejaz Fakhri
Neelofa sebagai Warda Erina
Ben Amir sebagai Dr muslim
Eleena sebagai Inara
Alvin Chong sebagai Johan

SINOPSIS SURI HATI MR PILOT
Pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taksub dengan cinta Muslim.Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri.

Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad untuk mengahwini Warda.Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga.

Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?




Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7

No comments:

Powered by Blogger.