Takziah Salleh Brothers Meninggal Dunia


Takziah Kakigosip ucapkan buat keluarga anggota kumpulan Brothers iaitu Salleh Deril yang telah meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kira-kira pada jam 3.25 petang tadi.

Kakigosip difahamkan allahyarham dimasukkan ke pusat perubatan itu pada Isnin lalu akibat menghidap penyakit jantung dan darah tinggi.

Untuk info, jenazah akan dibawa pulang ke kampungnya di Kuala Selangor untuk dikebumikan pada malam ini.

No comments:

Powered by Blogger.