Sulli Dikritik Muat Naik Video Berbaur Seks


AHLI kumpulan f(x) iaitu Sulli menerima kecaman apabila dia memuat naik sebuah video yang diangap berbaur seks di laman Instagram miliknya.

Seperti dipetik Allkpop, video berdurasi 15 saat itu menunjukkan Sulli sedang berbaring dan seekor kucing peliharaannya sedang menjilat bahagian dada wanita itu.

Video yang dimuat naik di laman Instgram peribadinya pada Ahad lalu menerima 91,000 likes dan 500 komen.

Penyanyi berusia 22 tahun ini bukan sahaja menerima kritikan netizen, malah beberapa media negara itu juga menganggap tindakan tersebut sebagai tidak sesuai.

Selain itu, beberapa netizen juga menganggap tindakan Sulli hanya untuk mengaitkan namanya dengan kontroversi dan mencari publisiti murahan.


No comments:

Powered by Blogger.