Senarai Peserta Gegar Vaganza Bocor


Seramai 12 peserta bagi musim terbaru Gegar Vaganza (GV) telah pun diumumkan menerusi laman Facebook baru-baru ini. Namun, Kakigosip difahamkan pengumuman yang dibuat itu palsu.

Selaku Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad menjelaskan perkara itu tidak benar. Malah  laman rasmi untuk program GV tidak pernah dibuat.

"Astro ingin memaklumkan bahawa laman Facebook yang menggunakan nama ‘Gegar Vaganza’ tidak mewakili pihak penerbitan program realiti ini dan ia bukan merupakan laman rasmi kami.

"Justeru itu, kami memohon kepada semua pihak untuk menantikan pengumuman rasmi termasuklah senarai artis yang akan terlibat menjayakan musim ini di majlis sidang media yang dijangka akan diadakan pada 5 Oktober 2016.

"Yang pasti, kami menjanjikan peminat dengan nama-nama hebat yang pernah pada satu ketika dahulu menjadi pujaan ramai. Gegar Vaganza 3 akan sekali lagi mencetuskan fenomena luar biasa dalam industri muzik tanah air. Nantikan pengumuman kami tidak lama lagi. Terima kasih," ujarnya.

Waw nampaknya bahang GV semakin terasa sehinggakan ada 'jawapan bocor' pilihan artis yang dikatakan bakal menyertai GV musim ketiga nanti.  Sama ada senarai tersebut benar atau tidak sama-sama kita tunggu...

No comments:

Powered by Blogger.