Populariti Bukan Sesuatu Yang Patut Di Kejar - Lisa Surihani


PELAKON Lisa Surihani memberitahu tujuan utama dia melibatkan diri dalam industri hiburan tanahair bukan untuk mencari populariti.

Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 30, berkata, populariti merupakan sesuatu yang harus datang sendiri kepada sesorang itu selepas berusaha keras dalam kerjaya.

"Prinsip saya pada awal bermula masuk ke dalam industri adalah untuk belajar dan mencari rezeki untuk menampung kehidupan.

"Popular atau tidak biar dia ia datang sendiri kepada anda bukan kamu yang tekejar-kejar sebenarnya benda itu.

"Jika kalau kamu mengejar populariti itu dia akan jadi sama ada seperti 'touch & go' atau bertahan sekejap sahaja," katanya kepada Astro Gempak.

Tambahnya lagi, populariti bukan sesuatu elemen yang utama kerana kehidupan ini adalah sesuatu proses pembelajaran untuk menambahkan ilmu.

"Kalau meletakkan populariti itu sebagai element yang teralu penting ia mungkin akan mempengaruhi perjalanan kreier anda tetapi sebolehnya jangan letakan itu sebagai sasaran yg utama.

"Apa yang penting sebenarnya adalah ilmu yang kita pelajari dan kita amalkan serta kalau boleh jangan kedekut dengan ilmu apa yang kita ada untuk berkongsi dengan orang lain.

"Respect yourself, respect others, learn and earn (Hormati diri, hormati orang lain dan belajar)," katanya lagi.

No comments:

Powered by Blogger.