Pengawal Keselamatan Miranda Kerr Ditikam Penceroboh


PENGAWAL keselamatan Miranda Kerr ditikam dibahagian mata ketika cuba menghalang seorang penceroboh yang cuba memecah masuk ke kediaman mewah model terkenal itu di Malibu.

Mirror melaporkan penceroboh itu uga mengalami kecederaan apabila pengawal keselamatan sempat melepaskan beberapa das tembakan ke arahnya.

Lelaki berkenaan menceroboh rumah dengan memanjat pagar sebelum perbuatannya disedari oleh pengawal itu yang sedang bertugas.

Kedua-dua mereka dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan ketika kejadian, Miranda, 33, tidak berada di rumah.

No comments:

Powered by Blogger.