Pengasas Tudung Fareeda Yang Ramai Tak Tahu


Tudung Fareeda mencetuskan fenomena apabila peminat-peminatnya sanggup bermalam dan beratur di depan kedai semata-mata untuk membeli design terbaru. Antara produknya yang terkenal ialah Fareeda Sabreena, Fareeda Suraiya, Fareeda Suzana, Fareeda Aisya, Fareeda Mariya, Fareeda Nour Sara, dan Fareeda Nour Sofea.

Pengasas Fareeda ialah Puan Faridah Zakarian yang berasal dari Pulau Pinang. Beliau merupakan seorang suri rumah yang mula berniaga secara kecil-kecilan dengan membuat dan menjual pakaian dan langsir untuk mengurangkan beban kewangan suaminya.

Puan Faridah mula membuat tudung sendiri apabila dia tidak menjumpai tudung yang disukainya. Selepas tudungnya siap, ia telah menarik minat saudara-maranya dan rakan-rakan yang menyatakan berminat untuk membeli tudung tersebut.

Setelah itu, beliau memulakan bisnes ini dengan 2 buah mesin jahit untuk menjahit tudung sahaja. Beliau pernah tertidur di mesin jahit semata-mata ingin menyiapkan tudungnya. Mawar Abdul Karim, anak sulung Puan Fareeda turut membantunya sejak awal dengan melakukan kerja-kerja mengukur, menggunting dan menjahit kain.

Mawar Abdul Karim yang turut menjadi model dan duta rasmi Fareeda merupakan isteri kepada pelakon dan usahawan, Fizo Omar.



No comments:

Powered by Blogger.