Lelaki Beri Dadah Dan Rogol Gadis Bawah Umur Ditangkap


ALOR SETAR: Suspek yang menjadikan kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun sebagai mangsa seks ditahan reman selama tujuh hari bermula Rabu.

Perintah reman sehingga 18 Ogos itu dikeluarkan kepada lelaki berusia 24 tahun oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Dalilah Ismail hari ini.

Semalam, polis menahan suspek itu di rumahnya di Taman Setia Jaya, Jalan Langgar di sini setelah dipercayai memberikan dadah dan menjadikan kanak-kanak yang dikenali melalui aplikasi WeChat itu sebagai mangsa seksnya.

Kes itu terbongkar selepas kanak-kanak itu menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital di sini, sebelum laporan polis dibuat pada Ahad lepas.

No comments:

Powered by Blogger.