Jari Manis Lindsay Lohan Terpotong


Semenjak ikatan pertunangannya dengan Egor Tarabasov putus beberapa bulan lalu, Lindsay Lohan nampak sering memanjakan dirinya bercuti di beberapa lokasi pantai tersohor bermula dari Paris hingga ke Sardinia yang terletak di kepulauan Mediterranean.

Tambah mencuri perhatian, selebriti berusia 30 tahun ini sering memuat naik foto dirinya yang sedang tengah keindahan serta kehangatan matahari di atas kapal layar mewah.

Termasuklah insiden kemalangan yang dialaminya baru-baru ini hingga mengakibatkan jari manisnya terpotong.

Menerusi laman sosial Snapchat, Lohan berkongsi mengenai keadaan jari tangan kirinya yang berbalut dan yang terdapat kesan luka dan melecet.

Dalam video pendek itu, dia menjelaskan bahwa jari manisnya sudah terpotong setengah. Namun dia bernasib baik kerana bahagian potongan jarinya itu berjaya ditemui semula.

"I almost lost my finger from the anchor. Well, I lost half my finger, thank goodness we found the piece of my finger... i just had surgery to fix it ... it hurts so bad" (Saya hampir kehilangan jari saya akibat terkena sauh kapal. Sebenarnya saya sudah kehilangan separuh jari saya, syukur mereka menjumpai semula bahagian jari saya. Saya harus menjalani pembedahan dan rasanya sangat sakit)," tulisnya.

Tidak menjelaskan secara terperinci mengenai kemalangan tersebut, pun begitu pelakon filem Mean Girls ini memberitahu insiden itu berlaku ketika dia mahu sama-sama membantu menurunkan sauh kapal.

No comments:

Powered by Blogger.