Jangan Disempitkan Pintu Rezeki Sebab Sering Sakiti Hati Isteri


Soalan:

“Kalau isteri sakitkan hati suami, tandanya derhaka pada suami. Tapi bagaimana jika suami sakiti hati isteri?”

Jawapan ustaz :

“Berdosa juga lah. Cuma tidak ada istilah suami derhaka pada isteri, tapi suami akan ditanda malaikat sebagai derhaka kepada Allah SWT.

Kerana isteri, rezekimu bertambah.
Kerana isteri, maka lahirlah zuriatmu.
Kerana isteri, makan, pakaian mu dijaga.
Kerana isteri, tenang hati mu.
Kerana isteri, lembut pemandangan mata mu.
Kerana isteri adalah satunya manusia yang boleh melihat cacat cela mu yang tersembunyi dari pandangan mata mu dan masih menerima mu seadanya.

Janganlah sakiti hati mereka, ingatlah setiap pengorbanan mereka, walaupun kecil di mata mu, baginya besar bagi dirinya.

Setiap peluh yang menitik, yang dikerja untuk keluarganya, setiap airmata yang menitis untuk anak-anak dan suaminya adalah salah satu tanda, dia isteri yang terbaik buat anda wahai yang bergelar suami.

No comments:

Powered by Blogger.