Doktor Peribadi Sultan Pahang Jadi Pelakon & Penyanyi


Jika anda merupakan pengikut setia drama Lara Aishah, pasti anda akan ingat dengan watak 'Adila' iaitu kaunselor kepada bekas banduan luar negara.

Dia merupakan pelakon baru iaitu Doktor Katalina. Ya memang benar dia adalah doktor perubatan sebenar. Bukan gelaran tipu-tipu tau. 

"Saya belajar sehingga ke Rusia kemudian berkhidmat di Hospital Selayang, ditukarkan ke Klinik Kesihatan Temerloh dan sekarang berkhidmat sebagai doktor peribadi kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

"InsyaAllah saya sudah dapat perkenan Sultan Pahang untuk berhenti berkhidmat sebagai doktor peribadi  dan rancangan saya sekarang adalah untuk buka klinik sendiri. Di samping itu saya juga akan teruskan berlakon dan menyanyi. 

"Pengurusan masa insyaAllah, saya boleh buat sebab ini adalah minat saya," ceritanya.

Doktor Katalina bermula dengan menyanyi kemudian barulah berlakon. Single pertamanya 'Kan Terjadi' merupakan OST kedua bagi Lara Aishah.

"Saya kekal menggunakan nama Doktor kerana untuk mencari kelainan dan keunikkan. Dan memang benar saya adalah Doktor, jadi apa salahnya jika saya terus gunakan gelaran tersebut," ujarnya peramah.

No comments:

Powered by Blogger.