Dapat Hadiah Kereta Baru Tapi Langgar Lari Orang Awam


Beberapa jam selepas memuatnaik foto kereta yang diberikan kepadanya sebagai hadiah, seorang wanita ditahan polis kerana disyaki melanggar orang awam dan melarikan diri.

Menurut laporan Dailymail, Aya Ibish, 22 memuatnaik foto berkenaan di Instagram pada 27 September lepas.

Beberapa jam kemudian, beliau ditahan selepas disyaki melanggar seorang penunggang basikal dan melarikan diri.

Mangsa bagaimanapun berjaya memberikan maklumat kepada polis yang membawa kepada penangkapan Aya.

Polis juga mendakwa Aya memandu dalam keadaan mabuk selepas beliau gagal dalam ujian alkohol.

Kes tersebut masih disiasat polis.

No comments:

Powered by Blogger.