10 Tip Guna Kad Bisnes Dengan Impak Positif Kepada Bisnes Anda


Saya dapat tip marketing jimat tapi power ini semasa pergi ke San Francisco bulan lepas bersama 19 Startups lain. Kami terpilih untuk ikuti program MaGIC e@Stanford. Dua minggu kami di sana. Best wo!

Satu hari semasa startups lain pergi ke sesi Networking bersama Khazanah Americas, saya dan partner pergi cari satu startup yang buat bisnes hampir sama dengan Terapi.my di sana. Nama startup itu Zeel. Mereka ini buat “Uber for Massage”.

Jadi, sampainya di pejabat Zeel ni, seorang pun tak ada. Penat macam apa dah rasa sebab kami jalan kaki jauh ke Zeel tu. Dalam kepenatan saya nampak kad bisnes salah seorang staff Zeel di atas meja.

Kami ambil satu dengan niat nanti boleh email pada mereka yang kami dah sampai pejabat tapi mereka tiada. Balik ke hostel, saya study pasal kad bisnes Zeel ini dan kad bisnes yang seumpama dengannya.


OK tip-tipnya seperti ini:

1. Kualiti Kad Bisnes
Print kad bisnes guna kertas termurah sebab bisnes kad ini untuk dihabiskan bukan untuk disimpan. Tapi janganlah sampai yang lembut sangat macam tisu tu. Tu kedekut sangat punya jimat tu dan kemungkinan beri impak negatif jika kertas tiada kualiti.

2. Maksima Ruang Kad Bisnes
Gunakan kedua-dua bahagian kad bisnes. Jangan buat macam kad bisnes korporat yang kebiasaannya depan ada info tetapi ruang belakang kosong. Tidak mengisi ruang kosong adalah satu pembaziran. Ingat tu!

3. Logo Syarikat
Pastikan logo syarikat/startup jelas nampak di setiap bahagian kad. Nama, nombor telefon, alamat dan email dipastikan ada. Nanti orang ingat anda scammer pula kalau tiada maklumat-maklumat tersebut.

4. Elemen Pemasaran
Masukkan kod promo pada kad bisnes anda. Letaklah berapa peratus diskaun yang anda sanggup tawarkan kalau client/customer guna kod promo pada kad tu. Tapi jangan sampai lari pula margin untung anda. Itu bunuh diri namanya.

5. Tempoh Promo
Nak lagi nampak power, masukkan sekali tempoh masa valid kod promo tu. Sebulan atau dua bulan ke. Tapi jangan sampai setahun. Kalau buat setahun baik anda turun terus harga asal produk/servis anda itu.

6. Kod Promo
Beritahu cara nak gunakan kod promo tu. Nanti ada kod promo tapi customer tak tahu cara nak guna, sia-sia juga. Kod promo bagi yang senang hafal. Tak perlu panjang-panjang macam contoh #Arsenalmemangpowerbetul10

7. Urgency
Berbalik pada tip di nombor 5. Kenapa perlu letak tempoh masa valid kod promo sebulan atau dua bulan? Sebab nak wujudkan rasa urgency pada client/customer suruh order atau beli cepat-cepat servis/produk anda. Lambat beli tak dapat diskaun dah.

8. Habiskan Kad Bisnes
Bagaimana kalau kad bisnes tak habis lagi tapi tempoh kod promo dah habis? Ubat dia habiskanlah cepat-cepat kad bisnes tersebut. Tapi kalau tak habis pun, kad bisnes tu tetap kad bisnes kan? Ada nama, email dan nombor telefon anda dalam tu.

9. Ejen
Bagi anda yang buat bisnes yang mempunyai ejen, anda boleh buat kad bisnes yang ada kod promo seperti ini untuk setiap ejen. Lagi kerap dan banyak kod promo tu digunakan masa order atau beli servis/produk anda, lagi nampaklah ejen tu buat kerja marketing. Kira akan nampaklah ejen mana yang paling banyak pergi menghadap potential client/customer anda.

10. Taktik Follow Up
Apabila anda pergi satu-satu event, anda biasa bertukar-tukar kad bisnes dengan orang yang datang ke event tu. Mereka ni sebenarnya potential klien/customer anda.

Kalau dapat kad bisnes potential client/customer ni, esoknya cuba anda email atau SMS atau WhatsApp terus mereka.

Contoh:

“Hi Alexis, saya Koschielny. Semalam kita ada jumpa kat event Kapal Selam 2016 di KLCC. Kalau Alexis nak cuba urutan badan, saya boleh bagi diskaun 10% untuk Alexis. Nak cuba tak?”

Terharu mereka apabila anda bagi ayat begitu. Nampak di situ anda tak buang kad bisnes dia. Selepas itu, boleh bagi lagi diskaun kepada dia sekiranya dia ambil servis/produk anda.


Selamat mencuba!

No comments:

Powered by Blogger.