Tren Bermasalah Di Stesen Putra Heights Punca LRT Berhenti


KUALA LUMPUR: Tren bermasalah di stesen Putra Heights punca perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) tertangguh selama kira-kira 10 minit pada petang tadi di beberapa stesen tertentu.

Menurut jurucakap Kumpulan Prasarana (Prasarana) berikutan masalah itu, tren tersebut perlu dikeluarkan daripada landasan utama dan dipandu secara manual.

“Puncanya adalah untuk memberi laluan kepada tren yang dipandu secara manual itu, keluar daripada landasan utama.

“Keadaan ini telah menyebabkan tren di laluan utama untuk tunggu lama sedikit di beberapa stesen bagi memberi laluan kepada tren yang bermasalah itu,” tambahnya ketika dihubungi Astro AWANI. 

Berikutan situasi tersebut juga telah menyebabkan beberapa pengguna media sosial meluahkan kekecewaan mereka di Twitter.

No comments:

Powered by Blogger.