Tip Mudah Bagi Individu Tuntut Hutang Di Mahkamah


Orang Malaysia memang baik hati dan pemurah. Hampir setiap dari kita pernah beri hutang kepada seseorang. dan hampir kebanyakannya juga yang ada pengalaman buruk memberi hutang.

Yang paling sadis, hutang ini ditagih di kala saat si peminjam amat genting. Misalnya tak beri dia pinjam, anak kucingnya akan mati lagi 2 jam! Ini menyebabkan kita dengan berat hati dan berat badan menunaikan permintaan itu.

Fast forward. Hari ke hari si penagih penuh alasan untuk mengelak dan kita pula jadi penagih kepadanya pula. Kita pun redha tapi kawan dah jadi lawan sedara dah jadi sedarLAH.

Apa nak buat untuk lindungi diri kita?

Saya nasihatkan beri pinjam tidak lebih dari RM 5,000 sahaja.

KENAPA?

Sebab untuk jumlah di bawah RM5,000 anda boleh failkan sendiri tuntutan anda di mahkamah tanpa peguam.

Namanya mahkamah tuntutan kecil yang diletakkan di bawah bidangkuasa Majistret Kelas Kedua. Cara mudah, hanya pergi ke bahagian pendaftaran mahkamah dan isi Borang 198.

Bayar RM10 kos pemfailan. Anda akan dapat terus tarikh pendengaran kes.

Di bawah permohonan ini, kedua-dua pihak TIDAK DIBENARKAN melantik peguam. Pastikan dokumen menyokong tuntutan lengkap dan jelas, bawa dan kemukakan kepada Tuan Majistret di hari pendengaran.

Hanya tuntutan wang sahaja dibenarkan (“monetary claim”).


PRAKTIS SEKARANG!

Biar yang meminjam rasa tanggungjawab meminjam dengan minta dia tandatangan surat bukti bahawa pinjaman dibuat.

Sebaliknya buat pindahan wang melalui bank atau cek sebagai bukti wang telah masuk ke akaunnya.


Ini jugak boleh dibuat kepada bos yang ada tunggakan gaji kepada pekerja.

No comments:

Powered by Blogger.