Tiga Rekod Dunia Trending Di Laman Sosial


KEM Paralimpik negara terus ceria apabila atlet lompat jauh negara, menyumbangkan pingat emas ketiga negara dalam temasya Paralimpik 2016 di Rio, malam tadi.

Tiga emas sememangnya satu pencapaian cukup gemilang buat negara, terutama sekali selepas harapan emas negara di Olimpik belum dapat direalisasikan.

Latif bukan sahaja memenangi pingat emas, malah lebih membanggakan, atlet berusia 19 tahun itu memecahkan tiga rekod dunia!

Ia menjadi satu indikatif kecemerlangan dan kehebatan Latif yang sebelum ini pernah memenangi pingat emas di Kejohanan Olahraga Dunia di Doha tahun lalu, selain membawa pingat dengan warna yang sama di Sukan Para Asean 2014 di Incheon.

Pengguna laman sosial nyata menyanjung tinggi kejayaan Latif, apabila hashtag #terbangLatifterbang trending di Twitter.

Ucapan tahniah menggunakan hashtag tersebut membanjiri laman sosial, menyatakan rasa teruja dan bangga dengan kejayaan luar biasa Latif.

No comments:

Powered by Blogger.