Shah Rukh Khan Nyaris Tumbuk Peminat


Meskipun berstatus sebagai bintang berprofil tinggi, namun Shah Rukh Khan (SRK) juga dikenali sebagai seorang yang mesra dan sentiasa bersedia melayani peminatnya. Namun baru-baru ini timbul isu mendakwa, raja Bollywood ini didakwa menyerang seorang peminat gara-gara diajak berselfie.

Kejadian tersebut berlaku ketika aktor berusia 50 tahun ini tiba di bandar Amsterdam bagi menjalani penggambaran terbaharunya, filem The Ring.

Menerusi rakaman sebuah vodeo menunjukkan, sebaik saja melihat kelibat idola pujaan ramai ini, peminat mula menjerit dan masing-masing mahu mengambil peluang bergambar dan berselfie dengan bintang Diwale itu.

Tiba-tiba seorang peminat bertindak kasar kerana menarik leher SRK dan terus mahu merakamkan gambar selfie. Bagaimanapun SRK pantas menolak tangan peminat itu dengan reaksi wajah marah sambil seolah-olah mahu menumbuk peminat berkenaan. Sejurus itu, beberapa pengawal peribadi pelakon itu pantas memengang dan cuba peminat tersebut daripada SRK.

SRK kelihatan kembali tenang dan terus berjalan ke hadapan sambil sesekali berhenti dan melayani peminat lain yang mahu berselfie dan bergambar bersamanya.

No comments:

Powered by Blogger.