Sakit Hati Beg Pakaian Tidak Sampai - Che Ta


Kasihan Che Ta sebab dia terpaksa batalkan makan malamnya di Kota Kinabalu kerana beg pakaian yang diterbangkan dari Kuala Lumpur tak sampai-sampai.

Che Ta telah pun memuat naik satu video meluahkan rasa tidak puas hatinya. Siapa yang tak marah kalau beg pakaian tak sampai kan?

Kakigosip difahamkan juga, semalam Che Ta menaiki penerbangan syarikat Malaysia Airlines, kelas bisnes.

"Sungguh memalukan perkhidmatan Malaysia Airlines!! Bag saya tercicir dan masih di Kuala Lumpur. Itu baru penerbangan dalam negeri.

"Saya terpaksa batalkan makan malam sebab tak ada baju dan terpaksa menunggu bag tak sampai. Dan saya duduk di kelas bisnes bukan ramai penumpang sampai boleh tercicir bag tu!

"Sangat memalukan dengan perkhidmatan MAS!!!," tulisnya.

Semoga pihak penerbangan dapat selesaikan masalah itu.


No comments:

Powered by Blogger.