Safiey Ilias Mengumumkan Tekad Jadi Pondan Semula


Kisah pondan yang bertaubat pernah menjadi viral sebelum ini

Terbaru, Safiey Ilias mengumumkan di akaun instagramnya bahawa dia kembali menjadi pondan semula selepas penat menjadi baik.

Dalam status di akaun instagramnya berbunyi:

sofea_ilias94Hi . Im coming back . Sorry kepada semua terutama yg sokong saya . Sori sgt2 kecewakan anda semua . Saya terlampau penat dh menjadi baik tp org tetap kata mcm2 . Saya pun dh mcg family dan menyatakan keputusan saya nk jadi pondan semula . Mereka sedih . Uolls semua pun mesti sedih kan . Maafkan saya tapi kali ini saya tewas

Rata-rata netizen mengecam keputusan yang dibuat Safiey malah ada yang menggangap mempermainkan agama untuk meraih perhatian demi perniagaannya.

Safiey Ilias sebelum ini pernah dijemput dalam satu rancangan TV Al Hijrah untuk menceritakan kisah penghijarahnya daripada seorang pondan menjadi seorang lelaki yang bertaubat.

Apabila terjadi begini sudah pasti ramai nitizen yang kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh Safiey Ilias.

Hidayah milik Allah. Allah boleh membolak balikkan hati manusia jika Dia kehendaki.

Apapun yang terjadi kepada Safiey Ilias, kita sebagai manusia normal sama-sama mendoakan kebaikan kepadanya. Semoga dia kembali bertaubat dan menjadi lelaki tulen kembali. Hati itu milik-Nya. Dia boleh mengubah bila-bila masa yang Dia kehendaki.

No comments:

Powered by Blogger.