Rob Kardashian Dedah Nombor Telefon Kylie Jenner Di Media Sosial


BINTANG realiti Rob Kardashian bertindak mendedahkan nombor telefon Kylie Jenner di Twitter kerana berang dengan tindakan adik tirinya itu tidak menjemput tunangnya, Blac Chyna ke majlis 'baby shower' yang diadakan untuk mereka baru-baru ini.

Daily Mail melaporkan Rob terkilan dengan sikap Kylie walaupun majlis itu diadakan khas untuknya bagi menyambut kelahiran anaknya bersama Blac dalam masa terdekat ini.

"Tidak menjemput ibu kepada anak saya tetapi kamu mengadakan majlis ini untuk saya?

"Kamu semua memang sudah gila," kata Rob di Twitter sambil meletakkan nombor telefon Kylie dalam status ditulisnya.

Dalam pada itu, hubungan Rob dan Blac sebelum ini mendapat tentangan keluarga Kardashian kerana wanita berkenaan pernah berkahwin dengan teman lelaki Kylie iaitu Tyga.

Blac turut mempunyai seorang anak lelaki bersama Tyga iaitu King Cairo.


No comments:

Powered by Blogger.