Remy Ishak Terima Ugutan Bunuh


Terbaru menerusi sebuah laporan portal hiburan ada menyatakan bahawa pelakon Remy Ishak telah menerima ugutan bunuh gara-gara menolak pelawaan untuk berjumpa dengan seorang wanita berstatus kenamaan.

Kakigosip difahamkan juga, panggilan tersebut dibuat oleh seorang lelaki yang dipercayai orang suruhan wanita VIP berkenaan kerana berang dengan tindakan aktor tampan itu.

Walaupun begitu, Remy dikatakan sempat merakamkan perbualan mereka dan kemudiannya melaporkan kejadian itu terus kepada pihak berkuasa di Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya.

Menurut pihak berkuasa, siasatan kini sedang dijalankan. Pada masa yang sama, Remy enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kes tersebut pada pihak berkuasa.

No comments:

Powered by Blogger.