Ratu Cantik Missouri Terlalu Bangga Mengaku Diri Lesbian


Ratu cantik Missouri, Erin O' Flaherty menjadi peserta lesbian pertama mewakili negerinya ke peringkat kebangsaan sejak berdekad pertandingan itu diperkenalkan.

O'Flaherty, yang bakal mewakili Missouri ke pertandingan Miss America mengakui teruja kerana menjadi peserta pertama terang-terangan mengakui dirinya lesbian.

"Saya gembira dan cukup teruja kerana inilah peluang untuk saya mencipta sejarah sekali gus lebih diterima masyarakat serta dapat bertemu dengan ramai orang," katanya.

Selain O'Flaherty, Djuan Trent yang pernah bertanding dalam Miss America mewakili Kentucky pada 2011 dan antara 10 teratas dalam pertandingan itu mengakui dirinya lesbian pada 2014.

Patricia Yurena, pemenang dua kali pertandingan Ratu Sepanyol dan naib johan pertandingan Miss Universe 2013, mengakui dirinya lesbian pada 2014. Beliau juga berani memuat naik gambar bersama teman wanita di media sosial.

Pada 2012, dua peserta yang secara terbuka mengakui diri mereka lesbian, Jenelle Hutcherson dan Mollie Thomas, bertanding dalam pertandingan Miss California namun gagal ke peringkat kebangsaan.

O'Flaherty adalah peserta pertama Miss America yang memenangi gelaran di peringkat negeri selepas mengakui dirinya lesbian.

Ketua pegawai operasi Pertubuhan Ratu Amerika, Josh Randle, berkata pertandingan itu mencerminkan sebuah negara Amerika yang kian berkembang.

"Melalui setiap peristiwa penting membabitkan evolusi negara, Miss America menjadi wadah suara wanita mewakili semua lapisan masyarakat dan pada tahun ini, kami mengalu-alukan peserta lesbian pertama kami.

"Peserta Miss America dikenali sebagai antara yang terbaik dan paling cemerlang di negara ini, dan kami cukup berbangga dapat menyokong setiap wanita muda yang bersaing dalam program kebangsaan kami," katanya.

No comments:

Powered by Blogger.