Prasarana Perlu Dikaji Menilai Semula Operasi LRT - PM


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad  (Prasarana) untuk menilai semula operasi Transit Aliran Ringan  (LRT) berkenaan bagi mengukuhkan Piawaian Prosedur Operasi.

Beliau juga berkata 15 buah pencawang tenaga elektrik sepanjang laluan LRT Kelana Jaya perlu dinaik taraf serta-merta.

Jelasnya,  penaiktarafan itu perlu itu bagi memastikan sistem elektrik dapat dipanjangkan hayatnya, selain bagi memastikan  kapasiti yang mencukupi bagi menampung permintaan yang semakin meningkat.

Dalam satu kenyataan hari ini, Datuk Seri Najib turut mengarahkan Prasarana untuk melantik penilai teknikal bebas untuk melaksanakan penilaian terperinci keseluruhan sistem yang ada, memandangkan laluan LRT kelana jaya telah beroperasi hampir 20 tahun.

“Penilaian ini adalah untuk mengenal pasti risiko, dan langkah-langkah untuk mengenal pasti risiko tersebut selain menyediakan perancangan bagi sistem gantian bagi-bagi sistem-sistem kritikal," katanya.

Dalam kenyataan sama, beliau berkata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz turut membentangkan hasil siasatan awal gangguan perkhidmatan pada 7 dan 9 September lalu berpunca daripda bekalan elektrik yang terputus.

Selain itu, beliau juga berkata Prasarana akan memperkenalkan gerabak-gerabak kereta api yang baharu untuk Laluan Kelana Jaya secara berperingkat menjelang November 2016.

Dengan langkah-langkah segera yang telah diarahkan ini, Datuk Seri Najib berharap Prasarana dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dapat mengatasi masalah pengguna-pengguna LRT, sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan utama rakyat.

No comments:

Powered by Blogger.