Polis Tahan Dua Individu Kes Menghina Kematian Haron Din


PETALING JAYA: Dua individu ditahan polis kerana didakwa menghina Islam berkaitan kematian Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din di Facebook.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan itu pada sidang media pagi Isnin.

Kedua-dua mereka ditahan di Shah Alam dan Bandar Utama pada pagi Isnin sementara individu ketiga dijangka ditahan di Ipoh.

Mereka disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Haron, 76, meninggal dunia akibat komplikasi jantung di sebuah hospital di Amerika Syarikat pada Jumaat lalu.

No comments:

Powered by Blogger.