Penyelam Bertembung Dengan Jerung Putih


Seorang penyelam menghadapi saat-saat yang mendebarkan apabila terpaksa berdepan dengan seekor jerung putih sewaktu melembing ikan di persisiran pantai Santa Barbara.

Tyler McQuillen, 22 tahun pada mulanya tidak menyedari bahawa dia sedang dihendap oleh seekor jerung putih hingga kelibat haiwan pemburu itu muncul di dalam kamera go pronya.

Pada mulanya dia menyangka bahawa rakannya cuba mempermainkan dirinya  namun mula menyedari bahawa dirinya bersendirian sahaja.

“Saya sangkakan saya akan menemui ajal hari ni. Sudahlah saya bersendirian, kaki cedera pula.

“Mujurlah saya mempunyai senapang lembing untuk dijadikan pertahanan diri. Ketika jerung itu cuba menyerang saya mengambil peluang itu untuk menembak badannya,” katanya kepada Inside Edition.

Terdapat juga video daripada kamera yang menyaksikan pertembungan McQuillen bersama dengan pemburu di lautan itu.

Serangan tersebut juga menyebabkan dua jari kakinya patah namun dia menyatakan itu bukan alasan untuk dia tidak kembali menyelam semula.

No comments:

Powered by Blogger.