Nazim Othman & Bella Dally Sudah Sah Menjadi Suami-Isteri Tahniah!


PETALING JAYA: Pelakon Nazim Othman sah bergelar suami kepada aktres, Bella Dally hanya dengan sekali lafaz kira-kira pukul 9.35 pagi Sabtu.

Pasangan itu melangsungkan pernikahan mereka di Hotel Promanade, Kota Kinabalu Sabah yang dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan pasangan mempelai.

Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman, 32, dinikahkan oleh Pegawai Agama Istana Negeri Sabah, Imbran Angun.

Pelakon itu turut menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 namun wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, 25, turut menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak pengantin lelaki dan dibalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan.

Terdahulu, pasangan yang mula bercinta sejak tiga tahun lalu itu, mengikat tali pertunangan pada 14 November 2015.

Sementara itu, majlis resepsi disebelah pihak pengantin perempuan turut diadakan di lokasi sama pada Sabtu manakala majlis bertandang akan diadakan pada 17 September depan di Hotel Berjaya Waterfront, Johor Baru.

No comments:

Powered by Blogger.