Mayat Tiga Beranak Dipercayai Dibunuh Dalam Keadaan Reput


KUALA LUMPUR: Tiga beranak ditemui mati dipercayai dibunuh di dalam sebuah unit pangsapuri di Taman Sri Sinar, Segambut, tengahari tadi.

Mangsa, Cheah Hing Soon, 34 tahun, ditemui mati dalam keadaan terbaring di dalam bilik tidur utama manakala bayi lelaki berusia tujuh bulan dan anak perempuan berusia tiga tahun ditemui dalam bilik berasingan.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Munusamy berkata, mayat kanak-kanak dan bayi itu ditemui dalam dua bekas plastik di bilik terbabit.

Pemeriksaan awal mendapati mayat bayi lelaki tersebut tidak mempunyai sebarang kesan kecederaan pada badan.

No comments:

Powered by Blogger.