Lee Sung Kyung Menambah Berat Badan Demi Watak Atlet


PELAKON drama Doctors, Lee Sung Kyung sedang membuat persiapan untuk membintangi drama baharu berjudul Weightlifting Fairy Kim Bok Ju.

Menerusi temubual dengan majalah Instyle, Lee Sung Kyung yang membawa watak sebagai seorang atlet angkat besi perlu menambah berat badan agar sesuai dengan karakter tersebut.

"Berat badan saya sudah bertambah empat kilogram ketika ini, saya ingin berusaha secara sihat untuk menambah berat badan, namun akhirnya saya terpaksa makan dengan banyak," ujarnya.

Aktres ini akan bergandingan dengan aktor Nam Joo Hyuk.

Drama terbitan MBC itu akan mula bersiaran pada November depan.

No comments:

Powered by Blogger.