Hampir Maut Dihempap Lori Simen


KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas terkejut besar apabila bancuhan simen menimpa ke atasnya dan keretanya di Jalan Kampung Cina di sini pagi Rabu.

Wan Nawang Wan Mamat, 62, dari Kampung Seberang Takir berkata kejadian berlaku kira-kira 11 pagi ketika beliau sedang memandu.

Bancuhan simen tersebut dipercayai terjatuh selepas acuan daripada papan untuk tiang sebuah bangunan hotel lima tingkat yang sedang dalam pembinaan pecah.

"Kejadian berlaku sangat pantas. Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman yang agak kuat dan sedar-sedar badan saya sudah dipenuhi bancuhan simen dan kesemua cermin kereta saya pecah serta retak.

"Mujurlah simen jatuh di bahagian depan cermin, bukan atas bumbung kereta.

Kalau jatuh atas bumbung kereta, saya tak dapat bayangkan macam mana jadi keadaan saya," katanya kepada pemberita.

Beliau cedera ringan manakala cermin tiga buah kenderaan lain yang diparkir di kawasan tersebut turut pecah. - BERNAMA

No comments:

Powered by Blogger.