Hal Peribadi Saya Hanya Untuk Diri Saya Sahaja - Mira Filzah


Bertemu dengan pelakon cantik pada majlis persandingan Aliff Aziz tempoh hari, Balai Berita sempat ‘mengusik’ pelakon cantik ini bertanya soalan yang berbaur peribadi. Kata Mira;

“Bagi Mira, apa yang dirasakan privasi, Mira tetap akan simpan untuk diri saja. Hal peribadi mungkin mengenai kisah cinta dan keluarga sebab kalau boleh Mira tidak mahu cerita sensasi dan peribadi diperbesarkan hingga akhirnya yang kena tempias ialah ibu bapa. Kalau boleh, Mira tidak mahu mereka kena tempias dengan cerita yang tidak enak,”katanya ringkas.

Ditanya jika peminat lelaki yang terlalu fanatik meminatinya, Mira mengakui pernah berhadapan dengan situasi tersebut.  Apa yang pasti, Mira mengambil pendekatan untuk menolak dengan cara baik.

“Kalau dari awal Mira tahu ada niat yang tidak baik, awal-awal lagi Mira tolak untuk berkenalan dengan mereka yang macam tu,”katanya yang mengakui bersedia untuk mendirikan rumah tangga apabila umurnya mencecah 26 tahun.

No comments:

Powered by Blogger.